- Perkataan ini telah mengalami perkembangan yang banyak melalui zaman.
- Maksud adab pada zaman kita hari ini adalah kata-kata yang disusun dengan elok supaya dapat memberi kesan kepada pembaca atau pendengar, sama ada berbentuk syair atau nathar.
- Pada zaman Arab Jahiliah , perkataan أدب bermaksud walimah ataupun kenduri (الدعى الى الطعام)
- Pada zaman awal kemunculan Islam, istilah adab diguna pakai dari sudut akhlak. Berdalilkan hadis nabi (أدبني ربي فأحسن تأديبي)
Maksudnya:" Tuhanku telah mengajarkan aku akhlak dan ia adalah sebaik-baik ajaran . Begitu juga pada zaman مخضرم Mukhaddram. .
- Carlo Alfonso Nalino, seoramg pengkaji orientalis berpandangan pada zaman Jahiliyyah, adab membawa maksud tradisi atau perjalanan hidup nenek moyang (سنة و سيرة الأباء) dengan beranggapan bahawa ada perkaitan antara makna أدب (adaba) dan دأب (da’aba).
- Pada era Dinasti Umaiyyah, istilah perkataan أدب mempunyai makna yang sama pada zaman awal kemunculan islam iaitu pendidikan,pengajaran (التعليمي والتذهيبي) . Akan tetapi wujud pertambahan istilah baru المؤدبين (muaddabin) iaitu gelaran yang digunakan pada guru-guru yang dilantik oleh khalifah untuk mengajar anak-anak mereka tentang pengetahuan berkaitan dengan budaya arab dan Islam.
- Pada era Dinasti Abbasiyyah, istilah adab (التعليمي والتذهيبي) digunakan pada tajuk-tajuk bab atau kitab oleh para ilmuwan pada zaman tersebut. Sebagai contoh ابن المقفع (Ibn Muqaffa) dalam risalahnya الأدب الصغير dan الأدب الكبير. Kedua-dua risalah tersebut mengandungi kata-kata hikmah dan nasihat-nasihat yang mempunyai pengajaran tentang akhlak dan siasah.
- Pada kurun kedua hijrah dan kurun-kurun seterusnya, adab mula dikaitkan sebagai pengetahuan tentang syair-syair dan kisah-kisah Arab. Sebagai contoh, البيان والتبيين yang dikarang oleh الجاحظ (al-Jahiz), الكامل في اللغة والأدب oleh المبرد (Mubarrad) dan sebagainya. Kitab-kitab seperti dikategorikan sebagai كتب أدب (buku-buku sastera) .
- Lama kelamaan, istilah adab tidak lagi tertakluk kepada makna-makna yang telah disebutkan di atas (dari segi agama, akhlak, sastera dll). Tetapi istilah ini mula digunakan dalam ilmu-ilmu yang tiada kaitan dengan agama. Contohnya,حسن بن سهل (Hasan Bin Sahal) berpandangan, bahawa adab ini adalah apa yang masyarakat lazimi (adat) atau apa-apa yang berkaitan dengan sosiomasyarakat.
-Pada petengahan kurun ke-20, timbul dua pecahan makna iaitu makna umum dan khusus. Makna umum bagi adab (dalam bahasa Perancis Literature) adalah apa-apa penulisan yang berkaitan dengan semua cabang ilmu. Makna khusus bagi adab pula, apa-apa yang berkaitan dengan sastera ataupun kesenian.
Sejarah Sastera تاريخ الأدب
- Pengkaji sejarah yang mengkaji adab mengikut takrifan adab yang umum iaitu mengkaji tentang perkembangan peradaban sesebuah masyarakat. Contohnya, Carl Brockelmann yang menulis sebuah buku berjudul History of Arabic Literature (تاريغ الأدب العربي).
- Bagi pengkajian mengikut takrifan adab yang khusus pula ialah mengkaji tentang kehidupan sasterawan-sasterawan dan perkembangan dalam karya sasteranya serta kesan-kesan penulisannya kepada masyarakat.
- Manhaj tarikh adab ini mula terkesan dengan ( التجريبية والطبيعية) ilmu sains tabie dan eksperimental Contohnya Saint Beuve mengkaji tentang pengkarya sastera secara terperinci dan menkategorikannya dalam pengkhususan tertentu sepertimana sains membahagikan hidupan kepada beberapa bahagian.
- Brunetière pula terkesan dengan manhaj Darwinisma dengan mengatakan bahawa sastera ini berevolusi sepertimana hidupan lain.
- Pada kurun ke-19, adab mula dikaitkan dengan ilmu insaniah (sosiologi)
Pembahagian Zaman Peradaban Arab تقسيمات تاريخ الأدب العربي وعصره
- Sejarawan Arab menetapkan pembahagian zaman bagi sastera Arab kepada:
1)Zaman Jahili
2)Zaman awal kemunculan Islam
3)Zaman Kerajaan Bani Umayyah
4)Zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah
5)Zaman selepas kejatuhan Bani Abbasi sehingga kedatangan Napoleon
Sifat-sifat Semenanjung Tanah Arab صفات الجزيرة العربية
-Tanah arab dinamakan sebagai جزيرة (Jazirah) kerana tanahnya yang dikelilingi air daripada tiga arah iaitu selatan, barat dan timur dan berbentuk seperti kepulauan.
- Ahli Geologi mengatakan Tanah Arab adalah sebahagian daripada Afrika dan terpisah disebabkan perubahan bentuk muka bumi pada zaman dahulu. Mengikut pendapat dongeng rakyat Greek pula, Dewa Hercules yang memisahkan antara Afrika dan Tanah Arab.
- Mengikut kajian para ilmuwan Rom dan Yunani, Tanah Arab dibahagikan kepada tiga iaitu صحراوي (Sahrawi), صخروي (Sakhrawi) dan سعيدة (Saidah).
- Sahrawi terletak di kawasan badwi utara, negara-negara Syam dan Iraq. Strukturnya adalah berpadang pasir. Antara kerajaannya adalah (az-Ziba’) الزباء .
- Sakhrawi pula terletak di utara Hijaz dan selatan Laut Mati. Strukturnya adalah berbukit-bukit yang berbatu keras. Antara kerajaannya adalah kerajaan Nabatean.
- Saidah terletak di pertengahan semenanjung Tanah Arab sehingga ke selatannya. Strukturnya adalah tanah rata dan subur. Antara kerajaannya adalah kerajaan Saba’dan المعين.
- Geografi Tanah Arab terbahagi kepada lima iaitu تهامة, (Tahamah), اليمن (Yaman), الحجاز (Hijaz), النجد (Najid), العروض (Al-Arudh).
Bangsa Semitik الساميون
- Semitik ini adalah kumpulan beberapa bangsa dan salah satu bangsa tersebut adalah bangsa Arab.
- Istilah semitik ini diambil daripada nama anak Nabi Nuh iaitu Sam. Pengkaji merujuk kepada The Book of Genesis.
- Terdapat pelbagai pendapat tentang orang asal yang bercakap menggunakan bahasa semitik antaranya:
1) Asal bahasa semitik adalah daripada anak keturunan Hami di Habsyah yang kemudian berhijrah ke Tanah Arab.
2) Bahasa semitik muncul bersama bahasa Aryan iaitu di tengah Asia Tengah.
3) Bahasa Semitik muncul di utara Syria
4) Muncul bersama tamadun di sungai Euphrates dan Tigris
- Tetapi kesemua para pengkaji bersepakat bahawa asal bahasa semitik adalah di kawasan Tanah Arab.
- Bangsa Semitik mengalami empat gelombang penghijrahan:
1) Bangsa Akad berpindah daripada Semenanjung Tanah Arab ke Iraq
2) Kerajaan كنعان (Ka’an) berhijrah daripada Semenanjung Tanah Arab ke Syam
3) Kerajaan أرمية (Aramiah) berhijrah ke kawasan arab badwi @ Iraq
4) الجانوبيون (Arab Selatan) berhijrah ke arah Lautan Hindi
Tulisan ini merupakan kesimpulan diskusi yang telah catit oleh:
Nusaybah Binti Ahmad Shazily,
Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab Universiti al Bayt Jordan
Disemak dan disunting oleh:
Amirul Asyraaf bin Noor Shaini
Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab Universiti al Bayt Jordan
* DISKUSI SASTERA ARAB : Al ASRU Al JAHILIYY merupakan sebuah program anjuran Unit Takhassus Bahasa dan Kesusasteraan Arab Biro Akademik dan Intelektual (BAKI) bagi Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti al Bayt Jordan (PRISMA). Program ini merupakan program berbentuk perbincangan yang dikendalikan dan dihadiri oleh Mahasiswa Universiti Al Bayt.

ada sambungan tak? saya seorang tenaga pengajar
ReplyDelete