Tujuan Tasybih التشبيه :
1) Menerangkan kemampuan musyabbah بيان إمكان المشبه : Menjadikan musyabbah mampu pada perkara yang asalnya tidak mampu dilakukan. Contohnya seperti dalam syair Al-Buhturi البختري :
دان إلى أيدي العفاة وشاسع عن كل ند في الندى وضريب
كالبدر أفرط في العلو وضوؤه للعصبة السارين جد قريب
Maksudnya: "Dia dekat dengan tangan-tangan orang yang memerlukan dan jauh berbeza darjat kemuliannya. Dia umpama bulan yang tinggi tapi cahayanya dekat dengan kafilah-kafilah pengembara."
Al-Buhturi mengumpamakan seseorang (raja) yang dekat dengan orang yang memerlukan (rakyat) tetapi pada hakikatnya jauh di kediamannya dengan pengembara-pengembara yang berjalan pada waktu malam dimana jauhnya bulan di langit, tetapi cahayanya dekat dengan pejalan tersebut. Tasybih ini menerangkan kemampuan raja untuk menjadi dekat walaupun hakikatnya dia berada jauh daripada rakyatnya.
2) Menerangkan keadaan musyabbah بيان حاله: Tasybih menyifatkan musyabbah yang pada asalnya tidak diketahui sifatnya. Contohnya seperti yang dikatakan oleh Al-Nabighah النابغة:
كأنك شمس والملوك كواكب إذا طلعت لم يبد منهن كوكب
Maksudnya:"Engkau seperti matahari dan pembesar-pembesar adalah bintang-bintang. Bila matahari terbit , bintang-bintang tidak kelihatan."
Syair ini mengumpamakan raja dengan matahari dan pembesar-pembesarnya dengan bintang-bintang. kehebatan raja melebihi pembesar-pembesarnya kerana ketika matahari muncul bintang-bintang tidak kelihatan. Tasybih dapat menerangkan keadaan raja dan pembesar-pembesarnya.
3) Menerangkan kadar keadaan musyabbah بيال مقدار حاله: Menerangkan tahap sesuatu sifat pada musyabbah yang telah diketahui sifatnya . Berkata Al-Mutanabbi المتنبي ketika menyifatkan mata singa:
ما قوبلت عيناه إلا ظنتا تحت الدجى نار الفريق حلولا
Maksudnya " Tidak ditemui kedua matanya melainkan hanya sangkaan. Api sekumpulan yang sedang duduk dalam kegelapan."
Al-Mutanabbi menyifatkan tahap kemerahan mata singa sama dengan tahap kemerahan unggun api yang dikelilingi manusia dalam kegelapan.Tasybih dapat menerangkan kadar kemerahan mata melalui kadar kemerahan api.
4) Mengukuhkan keadaan musyabbah تقرير حاله: Pengukuhan kenyataan melalui tasybih,jika tiada tasybih maka musyabbah tidak kuat dan kukuh.
Contohnya Allah S.W.T telah berfirman dalam Al-Quran (13:14)
"لَهُ دَعْوَةُ الْحَقِّ ۖ وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِهِ لَا يَسْتَجِيبُونَ لَهُم بِشَيْءٍ إِلَّا كَبَاسِطِ كَفَّيْهِ إِلَى الْمَاءِ لِيَبْلُغَ فَاهُ وَمَا هُوَ بِبَالِغِهِ ۚ وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَال"
Maksudnya: "Kuasa menerima ibadat yang benar adalah tertentu bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupun kepada mereka, hanyalah seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya. Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan."
(Ar-Ra'd 13:14)Adapun ayat Al-Quran ini menjelaskan tentang sesiapa yang menyembah berhala dimana doa mereka tidak didengari dan dijawab oleh berhala tersebut. Musyabbahdikukuhkan lagi dengan menyamakan keadaan tersebut dengan orang yang membuka kedua tapak tangan mereka ke dalam air agar sampai ke dalam mulutnya (minum), sedangkan air itu tidak akan sampai ke mulutnya.
5) Mencantikkan dan memburukkan musyabbah تزيين المشبه أو تقبيحه: Menghiasi musyabbah dengan pujian atau memburukkannya dengan kejian.
Contohnya seseorang mengumpamakan musuhnya dengan monyet bertujuan mengejinya:
عدوي قرد
Maksudnya:" Musuhku adalah monyet"
- Tasybih mufrad paling tinggi martabatnya ialah tasybih baligh. Manakala tasybih maqlub paling tinggi martabatnya berbanding tasybih mufrad,dhimni dan tamsili.
- Kecantikan tasybih terletak pada pengurangan unsur tasybih.
- Golongan terkemudian المحدثون kebiasaannya mentasybihkan suatu sifat dengan sesuatu. Contohnya, berani seperti singa, kecantikan wajah seperti bulan dan matahari, ketinggian darjat seperti bintang, dan sebagainya. Manakala, terdapat golongan terdahulu القدماء mentasybihkan suatu sifat (baik dan buruk) dengan seseorang yang masyhur dengan sifat tersebut. Contohnya, ‘adil seperti ‘Umar عمر, cerdik seperti Luqman لقمان , orang yang suka menyindir seperti Huthaiah الحطيئة, kedekut seperti Marid مارد, dan sebagainya.
Hakikat dan Majaz الحقيقة والمجاز
- Hakikat ialah lafaz(perkataan/ayat) yang digunakan pada tempatnya
.
- Majaz ialah ."هو اللفظ المستعمل في غير ما وضع له لعلاقة مع قرينة مانعة من إرادة المعنى الحقيقي " iaitu
lafaz (perkataan/ayat) yang digunakan bukan pada tempatnya dan wujud hubungan dengan qarinah yang menghalang daripada sampai kepada maksud asal.
- Terdapat lafaz yang menghalang daripada sampai kepada maksud yang hakiki(biasa) dan mempunyai hubung kait. Contohnya, di dalam Al-Quran (2:19):
..يَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِم ....
mereka menyumbat jari-jari ke dalam telinga .
(Al-Baqarah 2:19)-Yang dimaksudkan dengan "أصابعهم في ءاذانهم" ialah dengan memasukkan sebahagian jari sahaja di dalam telinga dan bukan keseluruhannya, dan telinga merupakan petanda yang menghalang daripada sampainya maksud yang hakiki iaitu kemasukan kesemua jari ke telinga mereka.
- Adapun para ilmuwan telah berbeza pendapat tentang kewujudan majaz مجاز:
1) Terdapat ilmuwan yang tidak mempercayai kewujudan majaz disebabkan mereka memahami sesuatu lafaz itu berdasarkan konteks ayat bukan takwilan pada perkataan.
2)Tiada dalam Al-Quran, tetapi ada pada bahasa dan mereka tidak menakwilkan ayat mutasyabihat.
3) Ada pada Al-Quran dan bahasa itu sendiri.dan mereka cenderung menakwilkan ayat mutasyabihat.
Tulisan ini merupakan kesimpulan diskusi yang telah ditulis oleh:
Muhammad Danial bin Azmir
Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab Universiti al Bayt Jordan
Disemak dan disunting oleh:
Amirul Asyraaf bin Noor Shaini
Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab Universiti al Bayt Jordan
* DISKUSI BAHASA ARAB :KITAB AL-BALAGHAH AL-WADHIHAH merupakan sebuah program anjuran Unit Takhassus Bahasa dan Kesusasteraan Arab Biro Akademik dan Intelektual (BAKI) bagi Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti al Bayt Jordan (PRISMA). Program ini merupakan program berbentuk perbincangan yang dikendalikan dan dihadiri oleh Mahasiswa Universiti Al Bayt.
No comments:
Post a Comment