Saturday, August 20, 2016

FONETIK DAN FONOLOGI ARAB siri 1: KITAB AL ASWAT AL LUGHAWIYAH

 

Pengenalan

- Fonetik berasal daripada perkataan Greek iaitu suara atau bunyi. Ia merupakan ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia secara umum.

- Fonologi ialah ilmu yang memfokuskan bunyi-bunyi manusia yang  membentuk perkataan,ayat dan bahasa. Dan ia juga dinamakan dalam bahasa arab sebagai Ilm al Aswat iaitu ilmu suara.

- Fonetik dan Fonologi merupakan cabang bagi ilmu bahasa (linguistik) dan keduanya saling terkait antara satu sama lain.

- Terdapat beberapa pengkaji moden yang mengatakan Fonetik khusus daripada sudut deskriptif iaitu penyifatan bunyi . Manakala, Fonologi memfokuskan kepada sudut sejarah bunyi dan perubahan-perubahan yang berlaku padanya.

- De Saussure ( 26 November 1857 – 22 February 1913) mengistilahkan kedua ilmu ini sebaliknya. Beliau memandang Fonetik mengkaji sejarah bunyi dan Fonologi mengkaji sifat bunyi.

                                                            
                                               gambar rajah 1.0 Ferdinand Mongin de Saussure. Beliau merupakan seorang pakar linguistik dan semiologi yang berasal daripada Geneva,Switzerland

- Banyak karya ulama arab silam yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa arab dan menyifatkan setiap huruf-huruf arab. Kajian mereka khusus untuk menjaga sebutan huruf-huruf Al Quran (tartil) agar tidak berlaku kesalahan dalam bacaan Al Quran

- Pada zaman moden ini, Ilmu fonetik arab terkesan dengan ilmu fonetik eropah melalui kajian-kajian pengkaji eropah.


Fenomena Bunyi

- Bunyi dapat dikesan melalui getaran pada jisim. Getaran-getaran yang wujud pada jisim objek merupakan sumber bunyi dan ia mampu berpindah melalui gas,cecair dan pepejal hingga sampai ke pendengaran manusia.

- Getaran-getaran yang wujud berpindah dalam bentuk gelombang. Pakar-pakar aeronautik berpendapat kelajuan bunyi sekitar 332 meter sesaat.

- Kejelasan sesuatu bunyi dipengaruhi oleh jarak telinga(pendengaran) dengan tempat berlakunya getaran. Pitch iaitu tingkat bunyi merupakan pengukur bagi bunyi-bunyi dalam seni muzik. Tingkat bunyi berasal daripada eropah dan disusun berdasarkan not paling rendah hingga tinggi iaitu Do,Re,Mi,Fa,Sol,La,Si...

- Tingkat bunyi arab berbeza dengan eropah. Bunyi yang dalam dan rendah dipanggil sebagai قرار (qarar) dan tinggi dipanggil حاد (haad) . Pakar muzik dapat mengenalpasti tingkat-tingkat bunyi dengan mudah.

- Tingkat bunyi diukur berdasarkan bilangan getaran-getaran sesaat yang dikenali sebagai frekuensi, Jika bertambah getaran-getaran sesaat maka bertambah ketinggian bunyi.

                                                                                         gambar rajah 2.0 Contoh gelombang frekuensi

- Bunyi mempunyai pelbagai jenis dan sifat yang tersendiri. Contohnya bunyi violin dan gitar dapat dikenalpasti perbezaannya ketika dimainkan dalam not rendah. Kedua-dua bunyi daripada medium yang berbeza tetap dapat dibezakan walaupun berada dalam tingkat bunyi yang sama. 
            


Ditulis oleh:

Amirul Asyraaf bin Noor Shaini,
Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab Universiti Al Bayt Jordan

1 comment:

  1. terbaik ni cap..moga teruskan lagi perkongsian ilmu-ilmu bermanfaat ini

    ReplyDelete